Wednesday, December 9, 2009

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

FIRST

Bersedekah lah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

SECOND

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

THIRD

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

FOURTH

Apabila kamu kata aku cinta padamu maka tunaikan lah.

FIFTH

Pabila mengatakan maaf maka tenunglah matanya.

SIXTH

Bertunanglah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kamu diijabkabulkan

SEVEN

Percayailah cinta pandang pertama

EIGHT

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa

NINE

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih-sayang . Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa.Tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

TEN

Jika berlaku perselisihan pendapat bertenanglah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika menyelesaikan sesuatu masalah.

ELEVEN

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

TWELVE

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

THIRTEEN

Apabila ada seseorang bertanyakan soalan yang anda tidak gemari, lonterkanlah senyuman dan bertanyalah kepadanya “mengapa anda ingin tahu?”

FOURTEEN

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

FIFTEEN

Ucaplah “semoga anda diberkati” apabila mendengar seorang bersin.

SIXTEEN

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

SEVENTEEN

Berpeganglah kepada tiga R

1) -Rasa hormat pada diri sendiri

2) -Rasa hormat kepada orang lain

3) -Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

EIGHTEEN

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

NINETEEN

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

TWENTY

Ada ketikanya anda perlu berdiam diri.

Sama-sama lah kita pikir ape yang baik untuk kita dan sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan kita ya kawan-kawan.Salam.

No comments:

Post a Comment