Friday, January 15, 2010

6 THINGS ALLAH HIDE


~ 6 Things ALLAH Hide ~


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik

daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang

bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan

syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga

Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya

dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2) Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3) Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4) Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5) Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6) Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Friday, December 18, 2009

NAME OF DEVILS IN AL-FATIHAH

NAME OF DEVILS IN AL-FATIHAH

Seperti mana yang kita tahu Al-Fatihah merupakan merupakan rukun di dalam solat.Jikalau cacat bacaannya maka rosaklah solat.Oleh itu perbaikilah bacaan dengan ilmu tajwid.Bukan sahaja bacaan rosak tetapi kita menyebut nama syaitan.Nauzubillah……

Nama syaitan

1- DU LI LAH (apabila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2- HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3- KIYYAU (bila di baca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4- KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5- KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6- IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA.IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5 jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”

7-SIROTHOLLAZI……………..sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8-AMIN …hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…..

dua harakat.MIN…tiga harakat.Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat.InsyaAllah.

Semoga kita menjadi seorang yang sentiasa memperbaiki bacaan dan berada di landasan tali Allah yang lurus.

WALLAHUALAM……………..

Wednesday, December 9, 2009

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

FIRST

Bersedekah lah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

SECOND

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

THIRD

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

FOURTH

Apabila kamu kata aku cinta padamu maka tunaikan lah.

FIFTH

Pabila mengatakan maaf maka tenunglah matanya.

SIXTH

Bertunanglah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kamu diijabkabulkan

SEVEN

Percayailah cinta pandang pertama

EIGHT

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa

NINE

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih-sayang . Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa.Tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

TEN

Jika berlaku perselisihan pendapat bertenanglah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika menyelesaikan sesuatu masalah.

ELEVEN

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

TWELVE

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

THIRTEEN

Apabila ada seseorang bertanyakan soalan yang anda tidak gemari, lonterkanlah senyuman dan bertanyalah kepadanya “mengapa anda ingin tahu?”

FOURTEEN

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

FIFTEEN

Ucaplah “semoga anda diberkati” apabila mendengar seorang bersin.

SIXTEEN

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

SEVENTEEN

Berpeganglah kepada tiga R

1) -Rasa hormat pada diri sendiri

2) -Rasa hormat kepada orang lain

3) -Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

EIGHTEEN

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

NINETEEN

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

TWENTY

Ada ketikanya anda perlu berdiam diri.

Sama-sama lah kita pikir ape yang baik untuk kita dan sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan kita ya kawan-kawan.Salam.