Friday, December 18, 2009

NAME OF DEVILS IN AL-FATIHAH

NAME OF DEVILS IN AL-FATIHAH

Seperti mana yang kita tahu Al-Fatihah merupakan merupakan rukun di dalam solat.Jikalau cacat bacaannya maka rosaklah solat.Oleh itu perbaikilah bacaan dengan ilmu tajwid.Bukan sahaja bacaan rosak tetapi kita menyebut nama syaitan.Nauzubillah……

Nama syaitan

1- DU LI LAH (apabila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2- HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3- KIYYAU (bila di baca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4- KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5- KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6- IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA.IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5 jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”

7-SIROTHOLLAZI……………..sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8-AMIN …hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…..

dua harakat.MIN…tiga harakat.Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat.InsyaAllah.

Semoga kita menjadi seorang yang sentiasa memperbaiki bacaan dan berada di landasan tali Allah yang lurus.

WALLAHUALAM……………..

Wednesday, December 9, 2009

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

GOOD ADVICES……BELIEVE IT….

FIRST

Bersedekah lah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

SECOND

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

THIRD

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

FOURTH

Apabila kamu kata aku cinta padamu maka tunaikan lah.

FIFTH

Pabila mengatakan maaf maka tenunglah matanya.

SIXTH

Bertunanglah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kamu diijabkabulkan

SEVEN

Percayailah cinta pandang pertama

EIGHT

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa

NINE

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih-sayang . Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa.Tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

TEN

Jika berlaku perselisihan pendapat bertenanglah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika menyelesaikan sesuatu masalah.

ELEVEN

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

TWELVE

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

THIRTEEN

Apabila ada seseorang bertanyakan soalan yang anda tidak gemari, lonterkanlah senyuman dan bertanyalah kepadanya “mengapa anda ingin tahu?”

FOURTEEN

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

FIFTEEN

Ucaplah “semoga anda diberkati” apabila mendengar seorang bersin.

SIXTEEN

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

SEVENTEEN

Berpeganglah kepada tiga R

1) -Rasa hormat pada diri sendiri

2) -Rasa hormat kepada orang lain

3) -Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

EIGHTEEN

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

NINETEEN

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

TWENTY

Ada ketikanya anda perlu berdiam diri.

Sama-sama lah kita pikir ape yang baik untuk kita dan sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan kita ya kawan-kawan.Salam.

Saturday, November 14, 2009

SECRETS PRAY ON TIME

SECRETS PRAY ON TIME


Untuk pengetahuan kawan2 setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak kawan2 ? hehehehe………

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Oleh itu kawan2 jangan lambatkan solat ye….masuk waktu sahaja terus solat jangan tangguh2 lagi….ok….selamat mempraktikkannya….

Friday, November 13, 2009



DON’T TAKE PANADOL , PANADOL ACTIFAST or PARACETAMOL………..

Hmmmmm…. Zaman skang nie kalau pening c kit je amik penadol…..tau tak ape effect nyer kalau kita makan penadol….tak tahu…..takpe2… sebelum kita pegi lebih lanjut mari kita berkenalan dulu dengan penadol …..

Menurut seorang doctor, penadol nie adalah sejenis painkiller dan semakin banyak kawan2 mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada kawan2. Bererti kawan2 perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Untuk pengetahuan kawan2 lagi panadol adalah bertoksik kepada tubuh badan kita. Ia akan merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut lagi, panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Dan cuba kawan2 bayangkan sudah berape banyak panadol yang kawan2 makan dan tengah berada di dalam tubuh kawan2…..hehehehe……..

Sebenarnya,sakit kepala disebabkan ketidak seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.Terdapat alternative lain yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah….

1) sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air
minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik
dengan 2 cawan air minuman.
2) merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam.
Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala kawan2
3) ubatan herba cina.

Oleh itu kawan2 fikir lah dulu sebelum menelan sesuatu ubat…..jangan sia-siakan kesihatan kawan2 dengan hanya mengikut kata hati dan rasa…
Sekian….selamat mencuba……

Thursday, November 12, 2009

MARI BERKONGSI ILMU



Alhamdulillah setelah sekian lama membaca blog orang lain akhirnya terdetik di hati untuk menulis blog……….
Bukannya nak menunjuk kepandaian dalam penulisan tetapi untuk kita sama2 kongsi ilmu pengetahuan yang diberi oleh Maha Pencipta…….
Bagi ana berkongsi ilmu ni amat penting , kerana manusia mudah lalai dan lupa jadi sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini yang diberi akal fikiran hendaklah mempergunakannya sebaik yang mungkin…….
Betul tak kawan-kawan…..
Oleh itu di dalam blog perkongsian ini ana akan mengupas mengenai kajian sains , isu semasa serta ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Diharap kan ilmu yang ana kongsi ini dapat menjadi iktibar dan tauladan kepada kawan-kawan serta ana sendiri khasnya.amin…………..
Di harap kepada kawan-kawan serta senior yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog nie boleh lah beri nasihat atau comment jika ada kesilapan atau pun kesalahan……..